jbbaner
Statistics
  • Total Users: 239
  • Total Hits: 999,075
  • Total Visitors: 864,650
  • Total Photos: 72
  • Total Journal Entries: 5
  • Total Comments: 5
  • Members Online: 0
  • Guests Online: 2
Main Menu
Friday, September 10 2010
Login Form
Recover Password
Account Sign-up
 Username
 
 Password
 
Akhbar Tempatan


PENAFIAN
Kerajaan Malaysia tidak
bertanggungjawab terhadap
sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami
kerana menggunakan maklumat
atau gambar-gambar
di dalam laman ini.

Hubungi Kami
Pejabat Jurutera Daerah
J.K.R. (D) Johor Bahru
677, Jalan Petrie, 80100
Johor Bahru, Johor D.T.

Tel : 07-2223133/39
Faks: 07-2223835

KATA ALUAN JURUTERA DAERAH

UCAPAN ALUAN JURUTERA DAERAH JOHOR BAHRU
 
Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah dan tahniah kepada Jawatankuasa Kerja ICT kerana komitmen berterusan megemaskinikan laman web Jabatan Kerja Raya Daerah Johor Bahru bagi manfaat semua. Era globalisasi  memperlihatkan kecanggihan teknologi maklumat (ICT) tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan kini.

Selaras dengan visi JKR sebagai pusat kecemerlangan pembangunan infrastruktur dengan menggunakan kreaviti dan inovasi modal insan serta teknologi terkini,  JKR daerah komited terhadap penggunaan ICT dalam pengurusan harian selaras dengan keperluan di peringkat nasional.   Bagi perlaksanaan Rancangan Malaysia ke 9, JKR  sebagai agensi teknikal terulung diamanahkan untuk memainkan peranan utama dalam memastikan pencapaian pembangunan fizikal infrastruktur kerajaan sebagaimana yang dirancangkan.  Selain itu kita juga diamanahkan menyenggara semua kemudahan infrastruktur awam.

Bagi melaksanakan amanah sedemkian satu sistem penyampaian kerajaan yang berkesan amat perlu.  Sehubungan itu JKR telah menggunapakai saluran ICT melalui laman web sebagai komponen sistem penyampaian yang berkesan dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan. Laman web kita juga sebagai wadah interaksi berkesan kepada semua yang berkepentingan (stakeholder) dalam urusan pentadbiran JKR.

Oleh yang demikian bersamalah kita memanfaatkan penggunaan laman web JKR ini sebagai saluran maklumat yang tepat, terkini dan sahih. ‘Efeciency’ laman web ini menggambarkan tahap kerja berpasukan, kemantapan dan daya saing Jabatan kerja Raya Daerah Johor Bahru.   

Besarlah harapan saya agar warga kerja JKR Daerah Johor Bahru dapat memikul amanah dan tanggungjawab dengan penuh iltizam.  Moga kita dapat mencapai matlamat melalui  budaya kerja yang sihat seterusnya memberikan kepuasan dalam pembangunan insan.
Saya sebagai ketua jabatan menyeru agar kita menyemai nilai-nilai keikhlasan dalam bekerja. ‘Setiap kita adalah pemimpim dan kita dipertanggungjawabkan terhadap kepimpinan kita’.

Sekian, terima kasih.


Ir Hj Mohd Said Bin Sidik
Jurutera Daerah
JKR (D) Johor Bahru.
This page last updated on 20/07/10 @ 6:09PM.

Powered by Jabatan Jalan JKR (D) Johor Bahru. Copyright 2010 JKR (D) Johor Bahru.
JKR (D) Johor Bahru tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Anda adalah pengunjung yang ke 864,650 sejak 25 Mac 2008.