| - |
Pentadbiran Negeri Johor pada awalnya berpusat di Telok Belanga, Singapura dan hanya 3 jabatan sahaja yang menjadi asas kepada pentadbiran negeri pada masa itu. Jabatan tersebut ialah:
1. Pejabat Temenggong.
2. Pejabat Istana.
3. Pejabat Menteri Besar.
|
| - |
Seterusnya Pentadbiran Negeri Johor telah dipindahkan ke Johor Bahru diantara tahun 1855 hingga 1873. Menurut rekod, beberapa lagi jabatan telah ditubuhkan iaitu:
1. Setiausaha Kerajaan Negeri.
2. Perbendaharaan Negeri.
3. Jabatan Polis.
4. Jabatan Kehakiman.
5. Jabatan Laut.
6. Jabatan Penjara.
7. Jabatan Kerja Raya.
|
| - |
Jabatan Kerja Raya Johor telah ditubuhkan pada tahun 1873 dan telah dikenali sebagai Jabatan Tanah dan Kerja Raya. Jabatan ini serta jabat-jabatan lain yang ada pada ketika itu kebanyakan mengambil khidmat pegawai-pegawai berbangsa Eropah secara kontrak. Kesemua Jabatan ini telah diletakkan di bawah kawalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Pada tahun 1883, terdapat pengkhususan tugas yang lebih jelas dengan pengasingan Jabatan Kerja Raya daripada Jabatan Tanah dan diletakkan dibawah seorang Pesuruhjaya British secara kontrak. Jabatan ini berpusat di Johor Bahru.
|
| - |
Pada tahun 1901, pentadbiran jabatan diletakkan dibawah seorang Yang Dipertua dan dikenali sebagai Jabatan Kerja Raya, Ukur Tanah dan Bandaran dengan ditadbirkan bersama oleh seorang Naib Yang Dipertua, Setiausaha, Bendahari dan Pesuruhjaya Bandaran.
|
| - |
Pada tahun1906, Jabatan Kerja Raya dan Pesuruhjaya Bandaran dipisahkan kepada dua jabatan yang berasingan. Bahagian Ukur pula telah diserahkan dibawah Jabatan Tanah sehingga ia ditubuhkan sebagai jabatan yang berasingan pada tahun 1914.
|
| - |
Mereka telah berjaya menakluki puncak Gunung Ledang dengan kenderaan pacuan 4 roda, tetapi yang lebih membanggakan adalah kejayaan mereka menuruni dengan berjalan kaki walaupun tanpa sebarang persediaan!
|