jbbaner
Statistics
  • Total Users: 239
  • Total Hits: 986,693
  • Total Visitors: 852,658
  • Total Photos: 72
  • Total Journal Entries: 5
  • Total Comments: 5
  • Members Online: 0
  • Guests Online: 2
Main Menu
Tuesday, September 07 2010
Login Form
Recover Password
Account Sign-up
 Username
 
 Password
 
Akhbar Tempatan


PENAFIAN
Kerajaan Malaysia tidak
bertanggungjawab terhadap
sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami
kerana menggunakan maklumat
atau gambar-gambar
di dalam laman ini.

Hubungi Kami
Pejabat Jurutera Daerah
J.K.R. (D) Johor Bahru
677, Jalan Petrie, 80100
Johor Bahru, Johor D.T.

Tel : 07-2223133/39
Faks: 07-2223835

Pasukan Petugas

Berita Bencana Alam Terkini Oleh JKR Malaysia


Pasukan Petugas (Task Force) Bencana Alam atau Kerja Kecemasan JKR(D) Johor Bahru.

Kategori Bencana Alam atau Kerja Kecemasan

a) Tanah Runtuh

b) Cerun Runtuh

c) Tanah Jerlus

d) Banjir

e) Jambatan Runtuh

f) Pembentung Runtuh

Atau lain-lain malapetaka yang memerlukan tindakan segera. Jika kejadian pokok-pokok tumbang sila rujuk lampiran A.

Pasukan petugas ini akan digerakkan (Mobilise) sekiranya kejadian ini melibatkan:

a) Perhubungan jalan raya terputus

b) Mengelakkan kesan akibat daripadanya menjadi lebih buruk yang memerlukan perbelanjaan lebih tinggi.

c) Mengancam kawasan pendudukan

d) Menerima arahan bagi bantuan ke atas lain-lain malapetaka oleh pihak-pihak lain

Jika kejadian berlaku pada waktu pejabat, sila hubungi dengan nombor berikut untuk tindakan lanjut:

07-2223133 atau 07-2223139

Jika kejadian berlaku di luar waktu pejabat, sila hubungi salah seorang daripada berikut untuk tindakan lanjut :-

a) Jurutera Daerah (Ir. Mohd Said Bin Sidik) ------ Penasihat Teknikal

b) Jurutera Jalan (Pn. Suhana  ) ------ Ketua di Tapak

c) Pembantu Teknik (En. Saruni bin Safar ) ------ Timb. Ketua

Alamat dan nombor telefon mereka adalah seperti Lampiran A

 

Modus operandi untuk ‘mobilisation’ pasukan petugas

1. Apabila diberitahu tentang kejadian bencana alam, Ketua Tapak atau Timbalannya akan melawat tapak untuk menentukan samada pasukan petugas ini perlu digerakkan ataupun boleh ditangguhkan pada masa lain.

2. Apabila perlu digerakkan, kesemua ahli pasukan ini akan dihubungi untuk mengambil kenderaan atau loji masing-masing di JKR Blokyard Jalan Kebun Teh untuk dibawa ke tempat berlakunya bencana tersebut atau seperti arahan.

3. Pembahagian tugas di tapak berlakunya bencana alam akan ditentukan oleh ketua di tapak dan juga mengikut keadaan di tapak semasa kejadian.

Pasukan ini akan mendapat bantuan sokongan tenaga kerja mengikut kawasan berlakunya bencana tersebut.

4. Senarai nama adalah seperti berikut :-

a) Kawasan Bandar - En. Rahim Yakmon

b) Kawasan Tiram - En. Jamil Bin Musa

c) Kawasan Masai - En. Izadin Bin Aziz

d) Kawasan Skudai Bt. 10 - En. Mohd Nasarudin Bin Abd Rahman

e) Kawasan Kulai - En. Ahmad Fairouz Bin Mohamed Dan

Tugas-tugas Pasukan Petugas

a) Penasihat Teknikal – Ir. Mohd Said bin Sidik

Memberi nasihat mengenai teknikal untuk penyelesaian bagi mengatasi kerosakan akibat dari berlakunya bencana alam.

b) Ketua di Tapak – Pn. Suhana 

Mengetuai pasukan petugas (task force) JKR Johor Bahru untuk operasi di kawasan berlakunya bencana alam. Memberi arahan dan pembahagian kerja kepada ahli pasukan ini. Koordinasi kerja-kerja di tapak untuk pasukan petugas ini.

c) Timbalan Ketua – En. Saruni bin Safar

Membantu ketua di tapak dalam pengendalian operasi di tapak bencana alam.

d) Pengawas-Pengawas Kawasan (mengikut lokasi kejadian)

Apabila diberitahu, pengawas bersama kakitangan seperti senarai akan ke lokasi bencana untuk memberi bantuan tenaga kerja.

e) Operator Shovel – YM. Raja Idris bin Raja Md. Amin

Bersedia di mana terdapatnya bekalan simpanan Crusher run, Batu blok granit dan pembentung untuk diangkut ke atas lori.

Terus ke tapak bencana sekiranya melibatkan tanah runtuh yang menutup jalanraya.

f) Operator Backhoe

Terus ke tapak bencana untuk kerja pengorekan ataupun pembersihan di tapak bencana.

g) Operator Grader – En. Wahid bin Mohd Ali

Terus ke tapak bencana untuk kerja-kerja merata dan menolak tanah. Membantu di dalam kerja-kerja pembinaan jalan sementara atau membaiki jalan sedia ada.

h) Operator roller – En. Balakrishna, En. Abdul Jabar bin Hassan

Terus ke tapak bencana, membantu di dalam melaksanakan kerja pembinaan jalan sementara atau kerja-kerja membaiki jalan sedia ada.

i) Pemandu tipper – En. Zainal bin Bakar, En. Hamidon bin Simbob, En. Zamri bin Ghazali

Mengambil, mengangkut segala bahan dan peralatan yang berkaitan yang diperlukan di dalam kerja-kerja kecemasan, pembinaan jalan, mengangkut pemindahan dan segala yang berkaitan mengikut keadaan dan menerima arahan daripada pegawai yang bertugas.

Lampiran A

1 Pn.Suhana  Jurutera Penyelenggaraan (Ketua) Jalan Petri,
80100 Johor Bahru.
019-6288862
2 En.Saruni bin Safar Pem.Teknik (Tim.Ketua)

Jalan Petri,
Johor Bahru.

07-2218557
3 Raja Idris bin Raja Md.Amin PJB (Shovel) 1150-6 kuarters JKR Kebun Teh, Johor Bahru  
4   PJB (JCB)   07-3873776
5 Abd. Wahid Bin Mohd Ali PJB (Grader) JKR Qrts Masai 07-2245570
6. Zainal bin Bakar Pemandu (lori) 5032 Jalan Kebun Teh 07-2235571
7. Zainal bin Jani PJB (Roller) 5031-3A Flat JKR Jln.Kebun Teh -
8. Hamidon bin Simbob Pemandu (lori) 1150-12 Berek JKR Jln.Kebun Teh -
9 Jaminan b. Wakisan Pemandu (lori) 1469B Jalan Dato Jaafar 07-2264475
10. Zakarai b.Ismail Pemandu (lori) 3599 Block C Jln.Datin Halimah 07-2346361
11 Rosli bin Melan Pemandu 4WD 5032-2A Jalan Kebun Teh 07-2248420
This page last updated on 30/07/10 @ 5:28PM.

Powered by Jabatan Jalan JKR (D) Johor Bahru. Copyright 2010 JKR (D) Johor Bahru.
JKR (D) Johor Bahru tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Anda adalah pengunjung yang ke 852,658 sejak 25 Mac 2008.